Thursday, May 29, 2014

~ Selamat Bercuti Anak-Anak Semua...

Sheery Dream Cakes | 10:55 AM | | 7 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Cuti sekolah sudah bermula.. Selamat bercuti buat anak-anak semua… Jangan dilupa juga buku-buku tu ya… Jangan pula buku pun ikut bercuti sama ok… Hehehehe.. Jadi masa ini masa yang sangat seronok buat ibu-ibu kan… :). Tiap-tiap hari boleh sediakan masakan kegemaran anak-anak utamanya bagi anak-anak yang tinggal di asrama.. Inilah masanya ibu-ibu bertambah bersemangat untuk masuk ke dapur… Sediakan pelbagai menu kegemaan seisi keluarga… Betul tak?

Baiklah… Sampai di sini sahaja coretan Diana buat kali ini… Apa kata kita cuci mata dengan RVCC ini pula… Sebenarnya anak perempuan Diana yang buat…. Rasanya boleh laa mummy dia ni cuti panjang buat semua ni kan kan kan… heheheee…. ;)


Nak resipinya boleh klik di SINI …… Sampai jumpa lagi…





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 23, 2014

~ Mocha Cheesecake / Oreo Mocha Cheesecake...

Sheery Dream Cakes | 4:50 PM | | | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah.. Hari ini diberi kesempatan untuk bersiaran kembali dengan entri kek. Tetapi tiada resipi yang dikongsikan ya. Hanya beberapa keping gambar kek sahaja untuk dikongsi bersama anda semua yang dikasihi. Resipi dari Buku Masakan My Birthday Cake dari Bake with Kevin Chai.. Terima kasih buat Chef Kavin Chai di atas resipi yang sedap ni. Kepada anda yang belum memiliki buku masakan ini, bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan ya. memang berbaloi memilikinya. Jom cuci mata dengan gambar-gambar kek di bawah..

Dengan menggunakan resipi yang sama, Diana juga pernah gabungkannya dengan oreo.. Jadilah Oreo Mocha Cheesecake kan.. Caranya sama sahaja seperti kita membuat kek krim biasa itu.. Hanya susun biskut oreo ketika kita melapis adunan keju tu ya... 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>