Wednesday, June 25, 2014

~ Masak Lemak Daging Salai & Ikan Sembilang Salai...

Sheery Dream Cakes | 10:01 AM | | 7 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Sekali lagi tiada resipi yang hendak dikongsikan bersama... Semua orang pun tahu macam mana hendak memasak menu ini kan.. Mudah dan sedap!!! Minggu lepas Diana pergi ke KL dan inilah salah satu yang dibawa dari sana... Daging Salai dan Ikan Sembilang Salai pemberian adik akak sayang Emma.... Terima kasih buat Emma kerana susah payah bawakan akak daging dan ikan sembilang salai ni... Juga buah tangan yang lain lagi... Semuanya sedaaapp!! 


Ini lah juga buat pertama kalinya Diana masak Ikan Sembilang.. Masak versi kegemaran Diana yang tidak suka tumbuk bahan tumbuk tu terlalu lumat... Pernah sekali dulu makan ikan sembilang yang dimasak oleh orang lain.. Tapi dah lama dah... Seingat Diana masa itu masih lagi Diana sekolah rendah... Suami memang tidak pernah makan ikan sembilang.. Inilah pertama kalinya dia makan... Sedaap katanya... Di Labuan ini rasanya tidak ada orang jual ikan sembilang salai.. Ikan sembilang pun jarang nampak.. Hehehee... Mungkin orang lain selalu nampak.. Diana sahaja yang tidak jumpa... Hihiiiihii... Kalau jumpa ikan ini nanti.. Lain kali nak masak lagi... :)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, June 14, 2014

~ Castle Cake & TQ! ...

Sheery Dream Cakes | 11:12 AM | 3 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Bertemu kembali kita di entri kali ini... Tiada resipi untuk entri ini.. Hanya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada O'Yeen Cafe kerana menceriakan anak akak di harijadinya ( kek yang cantik dan sedap... suka.. suka... sukaaa... ^___^  ) dan kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis harijadi anak Diana tempoh hari... Sayang anda semua... 

Castle Cake ini Diana tempah di O'Yeen Cafe... Kepada sesiapa yang berada di W.P.Labuan dan berminat untuk menempah kek dari O'Yeen Cafe, bolehlah mencuba dan hubungi beliau ya... :)

Ok lah.. Sekarang kita cerita pula tentang gambar kek ini.. Hehehee... Apa kata kita tengok birthday cake ini dalam tone gambar yang berbeza sedikit... Tone mana menjadi pilihan .. terpulang kepada anda menilainya... ( Kenapa Diana berkata begitu? Sebab masih ada pertanyaan bagaimana hendak mendapatkan tone yang diingini dalam gambar yang diedit... Caranya sudah Diana kongsikannya di DI SINI ). Jom layan gambar seterusnya dengan tone yang berbeza... 

::  Gambar yang sama dengan sentuhan tone yang berbeza  ::


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, June 10, 2014

~ Peanut Butter Cup / Oreo Chocolate Cheesecake Trifles Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:58 AM | | 6 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita masih diberikan ruang dan kesempatan untuk terus bernafas lagi menikmati nikmatNya yang begitu banyak sekali... Tidak lama lagi bulan Ramadhan yang dirindui bakal tiba.. Moga kita diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk bersama Ramadhan kali ini.. Amin.


Baiklah.. Hari ini Diana ingin kongsikan cara lain selain cara yang pernah dikongsikan di dalam resipi Peanut Butter Cup Chocolate Cheesecake di dalam entri yang lepas.. Kek yang memerlukan masa selama 2- 3 hari baru boleh dinikmati.. Alahai!! Tetapi untuk kali ini kita jadikan ianya trifles.. Lebih mudah dan cepat untuk menikmatinya.. Tidak perlulah menunggu sehingga 2-3 hari kan.. Jadi, apa kata kita semak resipinya pula..


~ Untuk resipi kek keju ini anda boleh pilih hendak menggunakan oreo atau peanut butter cup.. Terpulang pada citarasa masing-masing ya.. Jika tidak suka manis, boleh guna oreo.. Jika suka makan coklat, boleh gantikannya dengan peanut butter cup ( boleh buat sendiri atau beli yang sedia dijual di kedai tu ).. Di maklumkan juga resipi di bawah ini merupakan resipi yang telah Diana olah untuk trifles ya...


:: Resipi Oleh ~ Sprinkle Bakes  ( TQ )
:: Terjemahan & Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

PEANUT BUTTER CUP/OREO CHOC CHEESECAKE

Crustless Cheesecake portion
  • 30 mini peanut butter cups, dipotong 4 Atau boleh gantikannya dengan 1 bungkus biskut oreo double delight, peanut butter n choc cream, dipatah-patahkan 
  • 16 tbsp  mentega pada suhu bilik
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 kg cream cheese pada suhu bilik
  • 1- 3 oz. package cook and serve vanilla pudding _ ( Diana tidak bubuh )
  • 4 biji telur
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tbsp jus lemon 

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 165°C dan alas 2 loyang 9 inci dengan kertas minyak dan sapukan sekelilingnya dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. Buangkan lebihan tepung dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream cheese dan pukul lagi hingga lembut. Scrape down dan pukul lagi dengan menggunakan kelajuan sederhana dan masukkan telur satu persatu.
  3. Kemudian masukkan baki bahan-bahan kecuali peanut butter cup / biskut oreo. Pukul sebati.
  4. Masukkan peanut butter cup atau biskut oreo ke dalam adunan dan kaup balik menggunakan spatula.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaan aduanan kek.
  6. Bakar selama 55 minit - 1 jam atau sehingga kek masak bergantung kepada kepanasan suhu oven masing-masing.
  7. Setelah kek masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sementara kita menyediakan caremal dan kek coklat.



~ Caramel  ( boleh gandakan adunan jika suka )

Bahan-Bahan
  • 1 tin besar ( 500 gm ) susu pekat manis 
  • 5 tbsp mentega
  • 190 gm salted caramel _  Rujuk DI SINI untuk resipinya 

Cara-Cara 
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sehingga kesemua bahan sebati. 
  2. Tutupkan api dan ketepikan.
  3. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.

~ Chocolate cake portion
  • 1 3/4 cawan tepung serba guna 
  • 2 cawan gula kastor 
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 tsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1 cawan kopi panas 



Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 180°C dan alas 2 loyang 9 inci dengan kertas minyak dan sapukan sekelilingnya dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. Buangkan lebihan tepung dan ketepikan. 
  2. Ayak kesemua bahan-bahan kering dan ketepikan.
  3. Campurkan kesemua bahan basah kecuali KOPI PANAS ke dalam bekas dan gaul sebati. Ketepikan. 
  4. Masukkan bahan kering ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan rendah / perlahan. Masukkan bahan basah perlahan-lahan.
  5. Berhentikan mixer dan scrape down dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan. tambahkan kopi panas dan pukul sebati. 
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam loyang yang telah disediakan. 
  7. Bakar selama 35 minit - 40 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada kepanasan suhu oven masing-masing. 
  8. Setelah kek masak, sejukkan dan ketepikan.


PEANUT BUTTER CUP/OREO CHOC CHEESECAKE

:: Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen

Bahan-Bahan
  • Peanut butter cup cheesecake  ATAU  Oreo cheesecake ( resipi rujuk di atas ) _ dipotong mengikut saiz bekas yang hendak digunakan
  • Kek coklat ( resipi rujuk di atas ) _ dipotong mengikut saiz bekas yang hendak digunakan 
  • Caramel ( resipi rujuk di atas )
  • Kacang macadamia & biji gajus panggang secukup kegunaan _ dicincang kasar 
  • Nutella secukup kegunaan
  • Krim nutella secukupnya _ ( Non-dairy whipping cream dipukul kental + Nutella secukup rasa )
Cara-Cara
  1. Letakkan sekeping kek coklat di dalam bekas dan tuangkan caramel di atasnya.
  2. Taburkan sedikit kacang dan lapis di atasnya dengan kek keju.
  3. Kemudian tuangkan caramel dan taburkan sedikit kacang.
  4. Lapis di atasnya dengan nutella dan picitkan krim nutella.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.  

::  Kek keju yang telah dipotong  ::







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>