Thursday, February 2, 2017

~ Resipi Ayam Ala Teriyaki...

Sheery Dream Cakes | 2:58 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kita di entri pertama di bulan Februari pada tahun ini.. Masak menu ni pada bulan lepas sebenarnya.. Baru ada kesempatan untuk kongsikannya di sini hari ini.. Menu ayam kali ini hanya ala-ala ayam teriyaki sahaja.. Apa-apa pun jom semak resipi Ayam Goreng Tepung terlebih dahulu...


AYAM GORENG TEPUNG 

Bahan-Bahan A
  • 1 ekor ayam ( bersaiz kecil ) _ dipotong kecil, buangkan kulitnya dan bersihkan
  • 1/2 tsp McCORMICK chilli flakes
  • 1/2 tsp McCORMICK chicken seasoning
  • 1 tsp McCORMICK chinese five spice
  • 1/4 tsp McCORMICK ginger ground 
  • 1 biji telur
  • 1 tsp biji bijan panggang ( optional )
  • Garam
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan B ( dicampurkan dan gaul rata )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung jagung

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan A ke dalam mangkuk yang besar dan gaul rata.
  2. Perap selama 10 minit.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan B ke dalam perapan ayam tadi dan gaul rata. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng ayam tadi hingga masak kekuningan. 
  5. Angkat dan hidang.

:: NOTE ~

Ayam goreng tepung ini boleh dimasak ayam sos plum, sweet and sour chicken, ayam mentega, ayam teriyaki dan pelbagai lagi mengikut citarasa masing-masing.


AYAM ALA TERIYAKI

Bahan-Bahan
  • 12 ketul ayam goreng tepung ( rujuk resipinya di atas )
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang 
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan Sos
  • 4 tbsp sos cili
  • 1 tsp ABC sweet sauce
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • Gula perang secukup rasa
  • Sedikit air


Cara-Cara
  1. Masukkan bahan-bahan sos ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih cincang hingga wangi.
  3. Masukkan bahan-bahan sos tadi dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika. Sesuaikan rasa ( tambahkan garam jika perlu ).
  4. Masukkan ayam goreng tepung. Gaul mesra.
  5. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih panas.



0 comments: