Friday, February 17, 2017

~ Resipi Ayam Panggang Ketumbar...

Sheery Dream Cakes | 1:00 PM |
Assalamualaikum dan Salam Jumaat penghulu segala hari.

Alhamdulillah di hari Jumaat yang penuh berakah ini, dapat lagi bersiaran dengan resipi Ayam Panggang Ketumbar.  Terima kasih buat semua penggunjung blog Diana kerana masih sudi singgah di sini ya. Moga segala yang dikongsikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu memberikan idea memasak kepada anda semua.

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi Ayam Panggang Ketumbar di bawah.


AYAM PANGGANG KETUMBAR

Bahan-Bahan
  • 3 ketul paha ayam _ dibersihkan dan dikelar
  • 1/4 sudu makan serbuk cili
  • 1/4 tsp cajun seasoning
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • Jus lemon dari 1/4 biji lemon
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Garam 
  • Gula
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan  A ( Dikisar halus )
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai cili merah _ buang bijinya
  • Seikat daun ketumbar

Cara-Cara
  1. Gaul paha ayam bersama bahan-bahan kisar, serbuk cili, cajun seasoning, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, jus lemon, minyak zaitun, gula dan garam. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam. Lebih baik perap semalaman di dalam peti ais.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya. Kacau rata.
  3. Masak ayam di atas api sederhana sehingga ayam 3/4 masak dan kuahnya pekat.
  4. Tutupkan api dan keluarkan ayam dari periuk. 
  5. Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan curahkan sedikit kuah dia atas ayam. Masukkan ayam ke dalam oven.
  6. Panggang ayam sehingga ayam masak kekuningan.
  7. Hidang bersama lebihan kuah tadi.




0 comments: