Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

~ Resipi Sup Telur...

Sheery Dream Cakes | 11:09 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. Di atas izinNya dan rahmatNya hari ini kita masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini. Sudah hari keempat kita berada di dalam bulan yang mulia ini. Moga amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu. In Shaa Allah..

Dikesempatan ini juga, Diana ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada sanak saudara dan semua yang menyambutnya.

Baiklah, untuk hari ini Diana ingin kongsikan resipi Sup Telur yang amat mudah untuk disediakan. Inilah salah satu menu bersahur yang menjadi permintaan ahli keluarga Diana setiap tahun. Jom semak resipi yang mudah ini.


SUP TELUR

Bahan-Bahan
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 inci halia bersama kulitnya _ dibersihkan dan ditumbuk kasar
  • 1 tangkai cili padi _ diketuk
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Bawang goreng ( optional )

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak bijan di dalam periuk. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan air secukupnya dan garam. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
  3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan setelah air mendidih, masukkan telur satu persatu. Biarkan sehingga telur mengeras.
  4. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Gaul dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas. 
  6. Taburkan bawang goreng ketika menghidang jika suka.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 27, 2017

~ Resipi Mee Telur Sup...

Sheery Dream Cakes | 1:13 PM | | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak Diana mengamalkan diet rendah karbohidrat ni.. Diana memang tiada masalah langsung jika tidak mengambil sumber karbohidrat utama iaitu nasi. Tetapi Diana akan kalah dengan godaan roti dan mee. Sememangnya Diana penggemar cinnamon bread dan mee. 

Namun, Diana tidak jadikannya sebagai satu alasan untuk mengalah dalam perjalanan diet Diana ni. Bermula Sept 2016 hingga Jan 2017, berat badan Diana telah turun sebanyak 19 kg dengan mengamalkan diet atkins. Selama 4 bulan tu Diana amalkan clean diet. Kena fahami dulu apa itu diet atkins ya jika anda ingin berdiet atkins. Diet atkins ni mempunyai 4 fasa. Kena fahami setiap fasa tersebut sebelum anda memulakan diet tu ya.

Diana tidak akan sentuh apa itu diet atkins di sini. Anda sendiri boleh merujuknya atau google apakah itu diet atkins. Banyak informasi tentang diet atkins telah dikongsikan di alam maya ini. Jadi luangkan sedikit masa untuk membaca apa itu diet atkins.

Baiklah.. Sekarang ni Diana dalam fasa mengekalkan berat badan yang ada. Nak kurus tu memang mudah tetapi nak mengekalkannya tu agak sukar sedikit bagi Diana. Jadi, Sekiranya kita sudah mendapat berat badan yang kita ingini.. Jangan pula lupa diri dengan godaan pelbagai makanan yang sedap-sedap ya.. Hehehe.. In Shaa Allah.. pasti boleh kawal nafsu makan.. Jadi Mee Telur Sup ni merupakan salah satu menu yang Diana ambil sekarang. Anda boleh rujuk resipinya di bawah ya.

MEE TELUR SUP

Bahan-Bahan Untuk Mee Telur
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 tbsp air
  • Garam
  • Serbuk lada putih

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk yang sesuai. Pukul sebati.
  2. Dadar nipis adunan seperti mendadar telur. Angkat dan gulung dengan kemas. Potong dengan pisau. Caranya anda boleh rujuk di entri lepas KLIK DI SINI.
  3. Susun sedikit mee telur di dalam mangkuk.
  4. Ketepikan.

Bahan-Bahan Untuk Bebola Udang
  • 120 gm udang yang telah dibuangkan kulit, kepala ( simpan kepala udang untuk kegunaan nanti ) dan dibersihkan ( dalam 5 ekor udang bersaiz besar )
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • Sedikit daun kucai _ hiris halus
  • Sedikit daun sup _ dihiris halus
  • Sedikit daun bawang _ dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Lada putih kisar

Cara-Cara
  1. Cincang udang hingga halus. Masukkan udang ke dalam mangkuk bersama kesemua bahan. Gaul rata.
  2. Ketepikan.


Bahan-Bahan Untuk Sup
  • Sayur bayam atau sayur sawi _ dipotong ikut suka
  • 5 kepala udang 
  • 1 hirisan nipis halia _ dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih _ dihiris
  • Air secukup kegunaan
  • Lada putih kisar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam periuk. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air dan biarkan ianya mendidih.
  3. Masukkan kepala udang, basahkan tangan dengan air dan ambil sedikit adunan bebola udang di atas. Masukkan ke dalam sup dan tambahkan garam dan lada putih kisar secukup rasa.
  4. Masukkan sayur bayam atau sayur sawi dan biarkan ianya masak.
  5. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  6. Tuangkan sup ke dalam mangkuk yang berisi mee telur tadi.
  7. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan nikmati ketika ianya masih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 21, 2014

~ Acar Telur Puyuh...

Sheery Dream Cakes | 8:54 AM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Moga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya ya... Baiklah.. Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Acar Telur Puyuh yang memang sedap... Resipi ini Diana jumpa di blog Che Mat Gebu... Terima kasih Che Mat.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya... 


:: Sumber ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan   ( TQ )



ACAR TELUR PUYUH

Bahan-Bahan 
  • 35 biji telur burung puyuh ( resipi asal guna telur ayam )
  • 2 bawang putih, hiris
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 camca besar jintan manis* ( * ditumbuk halus )
  • 1 biji bawang besar, belah 8
  • 1/2 camca besar cuka
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca besar kicap
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan cili kering kisar _ ( Diana tambah )

Cara -Cara 
  1. Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cuka, kicap, gula ( lebih sikit ) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 23, 2012

~ Spicy Garlic Tofu & Crab Stick...

Sheery Dream Cakes | 10:19 AM | | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan... 

Apa khabar pagi ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan... Alhamdulillah bertemu kita kembali di pagi Jumaat yang mulia ni.. 

Ampun dan maaf Diana pinta sebab dah lama Diana tak berkesempatan untuk BW... InsyaAllah lepas ni boleh ler jejalan kat blog anda semua kan.. :). Pastinya dah banyak sangat entri dan resipi menarik yang Diana ketinggalan... Huhuuu... Pasti akan Diana selongkar perlahan².. Kalau nak selongkar laju² tu.. Rasanya memang di luar kemampuan Diana.. Tapi tak apa.. Akan diusahakan juga nanti.. InsyaAllah.. ;)


Sekembalinya dari berehat ni.. Diana nak kongsikan resipi Spicy Garlic Tofu & Crab Stick yang mudah ni... Jemput tengok resipinya.. ;


SPICY GARLIC TOFU & CRAB STICK

Bahan-Bahan
  • 4 bungkus kecil egg tofu _ dipotong bulat
  • 250 gm jejari ketam _ dipotong kecil
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan dicincang kasar
  • 1/2 inci halia _ dicincang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan dicincang
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 4 tbsp sos cili Maggi
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Daun sup atau dau ketumbar _ dihiris
  • Cili padi _ ditumbuk ( kalau tak nak pedas jangan bubuh )
  • Sedikit gula 
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan goreng tofu hingga garing kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak didalam kuali / periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  3. Masukkan udang kering, cili padi dan serbuk cili. Tumis lagi hingga garing.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan jejari ketam dan masak seketika.
  6. Akhir sekali masukkan tofu goreng dan cili merah cincang. Gaul perlahan.
  7. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  8. Taburkan hirisan dau sup atau daun ketumbar semasa menghidang.
  9. Hidang semasa ianya masih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, April 9, 2011

~ Resipi Mee Telur Sup...

Sheery Dream Cakes | 6:27 PM | | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat petang semua... Hari ni seharian hujan kat sini... Sejuk jer.. Kalau makan mee sup memang best kan time hujan² ni.. Tu yang Diana masak Telur Sup ni... Resipi yang mudah sahaja untuk disediakan.. Jom semak apakah bahan-bahan yang diperluakan..



MEE TELUR SUP

Bahan-Bahan Untuk Mee Telur
  • 2 biji telur
  • 1 tsp tepung jagung
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • 1 1/2 tbsp air
  • Garam
  • Serbuk lada putih

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bhn² di atas. Pukul sebati dan tapis adunan.
  2. Dadar adunan seperti mendadar telur. Angkat dan gulung dengan kemas. Potong dengan pisau..  Rujuk gambar  A .
  3. Susun sedikit mee di dalam mangkuk.
  4. Ketepikan.

::  Gambar A  ::

~ Bebola Daging & Ayam...


Bahan-Bahan
  • 125 gm daging cincang
  • 50 gm isi ayam cincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 tsp garam ( atau secukup rasa )
  • 1 tsp minyak bijan

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn di atas. Perap selama 10 minit.
  2. Bulat-bulatkan dan rebus / kukus bebola sehingga ianya masak.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Susun beberapa biji bebola daging dan ayam di atas mee telur yang telah d susun d dalam mangkuk tadi.
  5. Ketepikan.


~ Untuk Kuah...

Bahan-Bahan
  • 125 gm udang _ d buang kepala dan kulitnya.
  • 200 gm isi ayam _ d hiris nipis
  • 7 biji baby carrots - d hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih _ d cincang
  • 1 tbsp kicap cair
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp perencah pati ikan bilis tumix
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak.. tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, udang dan baby carrots. gaul rata.
  3. Tambahkan air, perencah pati ikan bilis, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasa.
  4. Biarkan ianya mendidih dan ayam masak.
  5. Tutupkan api dan tuang ke dalam mangkuk yang berisi mee dan bebola daging & ayam.
  6. Hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 10, 2011

~ Resipi Telur Lobak Asin...

Sheery Dream Cakes | 9:20 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi kegemaran kami sekeluarga.. Resipi ini Diana belajar dari Mother In Law.. Ianya merupakan salah satu makanan kegemaran hubby sejak kecil lagi.. Jadi.. Diana sebagai isterinya kena ler pandai memasak Telur Lobak Asin ini kan... Hehehee... Jadi.. jom tengok resipi yang mudah ini..




TELUR LOBAK ASIN

Bahan-Bahan
  • Telur secukup kegunaan _ dipukul ringan
  • Lobah asin secukup kegunaan _dipotong / cincang kecil-kecil atau boleh beli yang sedia dicincang
  • Sedikit gula
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Sedikit cili boh / serbuk cili ( pilihan ) _ kalau tidak mahu campur pun boleh

Cara-Cara
  1. Tuiskan bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun atau minyak masak yang lain.
  2. Masukkan lobak asin dan masak seketika.
  3. Tambahkan gula dan gaul.
  4. Curahkan telur di atas lobak asin tadi.
  5. Biarkan telur masak kekuningan dan terbalikan telur tersebut.
  6. Setelah telur masak bolehlah ditutupkan api.
  7. Angkat dan potong mengikut citarasa masing-masing sebelum dihidang bersama sos cili.

** Boleh juga dicampurkan dengan daging ayam cincang atau apa-apa kegemaran masing-masing. Kalau tidak suka digoreng.. Boleh juga DIKUKUS cuma tidak perlu di campurkan dengan minyak zaitun.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Telur Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 8:17 PM | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kerana masih sudi berkunjung ke blog ini..  Hari ini Diana nak kongsikan resipi Telur Udang Kering. Menu yang amat simple namun ianya menu paling digemari oleh kami sekeluarga.. Utamanya anak-anak Diana.. Mereka tak pernah jemu dengan menu ni.. Tapi itu selera kami sekeluarga la ya.. Lain orang lain pula seleranya kan.. 




TELUR UDANG KERING


Bahan-Bahan
  • Beberapa biji telur _ ( terpulang nak berapa biji )
  • Udang kering secukupnya ( bubuh lebih banyak lebih sedap ) _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar 
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Bawang besar _ dibelah dua dan dihiris nipis
  • Cili boh / serbuk cili _ ( Diana guna serbuk cili )
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
  • Perencah pati ayam jika suka

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Campurkan serbuk cili, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Pecahkan sebiji telur di tepi bahan-bahan tadi dan biarkan seketika tanpa digaul.
  4. Setelah kelihatan telur separuh masak, barulah digaul rata dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Buat begini sehingga telur habis.
  5. Angkat dan sesuai dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas, nasi lemak atau roti.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>